Pengenalan Syarikat

Teraju Unggul Enterprise adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang ditubuhkan pada 25 julai 2008.Penubuhan syarikat ini akan memberi persaingan baru di dalam bidang seperti peralatan Pendidikan Teknikal, Perisian Kejuruteraan, Peralatan Elektrik dan Elektronik, Peralatan dan Komponen Mekanikal, Mesin, Set Latihan Pendidikan,Servis dan Penyelenggaraan.

Teraju Unggul Enterprise akan memberikan komitmen yang jitu untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan-pelanggan kami supaya ianya akan memberikan kepuasan dankemudahan kepada semua. Staff kami yang berdedikasi dan kreatif juga akan memberikan kepuasan di dalam perkhidmatan yang kami berikan.

Di dalam Teraju Unggul Enterprise, Kami sentiasa peka terhadap perubahan teknologi terkini dan kami akan cuba memahami dan menyesuaikan pengalaman yang ada bagi memenuhi citarasa institusi anda.

Di dalam keadaan industri yang sedang membangun ini syarikat kami begitu komited dalam memenuhi permintaan daripada pelbagai pihak dan kami juga akan menjadi rakan anda dalam pelbagai bidang dan juga menyediakan sebarang perundingan jika diperlukan.

Perkembangan hubungan ini dan pemahaman antara pelanggan-pelanggan menjadi kunci kejayaan kami untuk menyumbangkan tenaga dan usaha kami untuk memberikan yang terbaik sepanjang perkhidmatan ini.

Apa Pendapat Anda Tentang Penubuhan Blog Ini